PENDEKATAN REKABENTUK BANDAR SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PERANCANGAN 2 DIMENSI (ZONING)
Pendekatan perancangan 2 dimensi gagal memperuntukkan ruangan yang efektif untuk menjanakan aktiviti memandangkan ia hanya berupaya mengezonkan aktiviti dan meghitung keberkesanan pengezonan menurut kaedah kepentingan matriks. Manakala kaedah Urban Design (UD) mengamalkan konsep 3 Dimensi yakni mereka bentuk berlandaskan model kerja ke arah mengukuhkan struktur urban daripada aspek legibility dan kemudiannya mengepamkan matriks penghidupan untuk menjana aktiviti setempat. Kaedah tersebut amatlah sesuai untuk menyelesaikan masalah pengezonan zon peripheral.
Rajah 2.2.1(a) menunjukkan intervensi cadangan graha berhala seni tampak kontemporari sebagai asas kepada revitalisasi skap urban Melaka.
Rajah 2.2.1(b) menunjukkan keadaan sebelum intervensi dilaksanakan. Perhatikan bangunan-bangunan sekelilingnya yang berpecah (fragmented) dan tidak mengukuhkan struktur-struktur jalan (path). Terdapat juga banyak kawasan lapang (lost spaces).
Membandingkan kedua-dua rajah tersebut didapati pada rajah 2.2.1(a), terdapat banyak kelongaran di kalangan bangunan-bangunan disekitar kawasan tersebut. Struktur urban begitu lemah sekali sehinggakan jalan-jalan tidak berkesempadan malah lebih dahsyat daripada itu bangunan-bangunan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain masing-masing merupakan fragment yang perlu diatasi
Pada asasnya, fragment-fragment tersebut perlu diperkukuhkan malahan keseluruhan struktural urban kawasan tersebut perlu diperbaiki dengan menerapkan unsur-unsur baru yang mampu membina semula struktural urban tersebut untuk menjadikannya lebih legible[1] seperti pada rajah 2.2.1(b).
Rajah 2.2.2 menunjukkan bagaimana keadaan tepi sungai yang tidak terurus apabila diimplimentasikan dengan bangunan yang mengdefinisikan ruang, berupaya meniupkan nafas baru terutamanya disekitar jalanan (path).
Pembangunan semula struktur urban sepanjang sungai memerlukan penyelitian yang agak merumitkan khususnya apabila elemen sungai merupakan potensi yang besar untuk dijadikan kawasan rekreasi upamanya promenade. Dalam keadaan asal pada mana kawasan sungai “dijajah” oleh bangunan-bangunan gudang yang dianggapkan pula tidak menggunakan potensi sungai tersebut dengan sepenuhya, anjakkan selebar 18 meter dilakukan (berdasarkan rancangan tempatan) untuk dibangunkan semula sebagai promenade dan café. Lantas itu, keseluruhan promenade tersebut didefinisikan oleh bangunan pengdefinisi tepi (edge defining building) supaya promenade tersebut menampakkan terselindung.
Rajah 2.2.3 menunjukkann lakaran tepi sungai sebelum intervensi. Didapati kawasan tepi sungai sempit diakibatkan oleh gudang-gudang. Pengguna-pegguna jalan tidak akan pergi ke kawasan tepi sungai kerana mereka dihalang oleh gudang-gudang tersebut. Daripada aspek skala pula, bangunan berbentuk kapal gagal berfungsi sebagai bangunan pengdefinisi tepi kerana terlalu dominan. Manakala gudang-gudang disebelah sugai terasing dan tidak berkait dengan gudang-gudang yang teletak disebelah yang lain pula.
Rajah 2.2.4 menunjukkan bagaimana intervensi mengukuhkan struktural urban kawasan sungai. Anjakan menjadikan tepi sungai lebih luas dan boleh diutilitikan sebagai promenade dan café sungai. Bangunan beacon yang terlanjur keluar merupakan filter kepada pengguna untuk memasuki ke zon promenade daripada flea market. Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan fragment bangunan disebelah berfungsi sebagai transporter. Manakala kawasan ruang lapang disebelah sungai dijadikan jeti.
Rajah 2.2.5 menunjukkan bagaimana jambatan pejalan kaki menghubungkan daripada satu arah sebelah sungai ke arah yang sebelah lagi. Rajah 2.2.6 menunjukkan sebelah yang lain (flea market) pada mana pengguna akan “filter through” bagunan beacon untuk sampai ke promenade.
Rajah 2.2.6(a) menunjukkan pada sebelah gudang yang berdepan dengan jalan, kegagalan bangunan-bangunan untuk mendefinisikan laluan mangakibatkan kekucar-kaciran kepada pengguna. Lintasan laluan hanya berpandukan jalan premix sahaja
Dalam rajah 2.2.6 (a) kelonggaran struktur bandar khususnya laluan yang tidak ditakrifkan secara nyata dan kekurangan bangunan beacon memudarkan lagi legibility bandar tersebut. Ini juga bermakna tiadanya gateway dan landmark serta nodus untuk diambil kira oleh pengguna bandar untuk memudahkan imagibility skap bandar tersebut. Seakan-akannya keseluruhan kawasan tersebut merupakan satu entiti yang ad-hoc sahaja. Kemungkinan besar ini merupakan satu kebenaran memandangkan PERZIM[2] setakat mengimplimentasikan rancangan memuziumkan Melaka secara terbusu-busu tanpa mengira konteks rekabentuk urban kawasan bersejarah Melaka.
Rajah 2.2.6(b) implimentasi bangunan pengdefinisi tepi (edge defining building) dan beacon building sebagai unsur rekabentuk bandar.
Berbanding dengan rajah 2.2.6(a), rajah 2.2.6(b) mengambil satu bentuk struktural yang berlainan padamana bangunan-bangunan edge defining building mengukuhkan struktur laluan dengan punctuation yang dilakukan oleh beacon building sebagai landmark. Apa yang penting konsep kegerbangan yang terjurus kepada laluan daripada satu wilayah kepada wilayah yang lain dan dalam kes ini, zon lain mengambil bentuk lintasan jerjantas sepertimana yang dikaji daripada investigation into gateway.
Dalam kajian tersebut alternatif 1 menunjukkan arah tuju yang kurang jelas walaupun pada kedua-dua belah laluan edefinisikan dengan jelas oleh edge defining buildings. Dalam alternatif 2 pula konsep gateway adalah jelas dengan meletakkan kedua-dua belah beacon building sebagai marker. Namun begitu hubungan antara kedua-dua belah bangunan adalah terputus oleh laluluan dan ini tidak menampakkan kekonkritan penggunaan marker sebagai penanda gateway.
Malah dalam alternatif 3 pula konsep gateway amatlah nyata dengan meletakkan arch sebagai icon. Walaupun adanya hubungan fizikal antara kedua-dua belah bangunan dan semacam terdapatnya ikatan, hubungan secara keutilitarianan tidak tercapai khususnya apabila matriks sosial diaplikasikan hubungan tersebut hanyalah semata-mata simbolisme sahaja.
Alternatif 4 menampakkan logik yang bersesuaian khususnya jejantas digunakan sebagai penanda gateway dan sekaligus menghubungkan kedua-dua belah bangunan secara fizikal mahupun utilitarian.
Daripada kajian terhadap gateways amatlah nyata ia merupakan unsur rekabentuk urban yang tidak dapat dinafikan demi memperolehi imejan perhubungan daripada satu zon kepada zon lain secara mental mapping.
Rajah 2.2.7(a) penyiasatan mengunakan model kerja untuk melihat kepada pengwujudan strukturan urban yang terdiri daripada bangunan pengdefinisi tepidan bangunan beacon.
Melalui penyiasatan menggunakan model kerja untuk memperolehi lakaran pada rajah 2.2.6(a), adalah nyata sekali elemen bandar secara struktural adalah kurang nyata dan tidak jelas khususnya pada lengkokan jalan melintasi bangunan kapal portugis yang semata-mata merupakan satu implementasi secara ad-hoc sahaja. Malah arah tuju turut dikaburi dengan ketiadaan semacam jenis gateway.
Rajah 2.2.7(b) penyiasatan terhadap model kerja menunjukkan strukturan laluan, nodus dan gateway dibina semula.
Penyiasatan model kerja mengesahkan lakaran rajah 2.2.6(b) yang menunjukkan proses perolehan gateway, beacon buildings dan edge defining buildings. Khususnya dengan mengalihkan bangunan kapal portugis yang terlalu mendominasikan. Rajah 2.2.8 menunjukkan sebelum dan selepas pengukuhan struktural elemen urban untuk mendefinisikan ruangan supaya ia lebih legible. Perhatikan bagaimana ruangan kosong (lost space) dilenyapkan dengan intervensi bangunan-bangunan edge defining building dan urban beacon buildings sebagai pencaturan skap urban.
Rajah 2.2.9(a) pandangan model kerja arah sungai menampakkan kelonggaran antara bangunan-bangunan sekitaran.Rajah 2.2.9(b) menunjukkan bagaimana penggunaan jejantas boleh menghubungkan kedua-dua belah terbing. Rajah 2.2.10(a) menunjukkan kekurangan elemen struktural urban untuk mendefinisikan selekoh Rajah 2.2.10(b) menunjukkan selekoh didefinisikan oleh bangunan edge defining building bersama-sama corner beacon building sebagai landmark dan 2 tier building sebagai petanda gateway.
Daripada analisis menggunakan model kerja seperti di rajah 2.2.10(a) didapati selekoh merupakan laluan utama untuk diambil perhatian terutamanya kereta. Selekoh yang kurang jelas akan mengakibatkan kebuntuhan terutamanya di kalangan mereka yang bukan berasal daripada bandar tersebut.
Rajah 2.2.11(a) lakaran bagi menyeliti kelemahan pada selekoh yang sedia ada.
Lakaran tersebut menjelaskan terdapat 3 isu yang perlu diatasi pada selekoh tersebut. Isu pertama memperlihatkan pengdefinisian selekoh kurang jelas dan ini akan mengakibatkan kebinggungan di kalangan pengguna. Isu kedua memperlihatkan bangunan disepanjang jalan terlalu fragmented dan gagal mendefinisikan laluan. Hakikatnya jalan menjadi kurang jelas. Isu ketiga deretan kedai yang sedia ada tidak mempunyai character yang jelas untuk address bangunan yang baru didirikan pada sebelah depannya terutama sekali dengan ketiadaan beacon building sebagai penanda corner lot , struktur urbannya menjadi lemah.
Rajah 2.2.11(b) menunjukkan penyiasatan kepada mengukuhkan selekoh dan gerbang “gateways”
Dalam menyiasatkan morfologi penyempadanan selekoh didapati alternatif 1 menerapkan cara konvesional yakni membina deretan bangunan yang melengkok sejajar dengan lengkongan selekoh dengan pengambilan beacon building sebagai penyempadanan corner lot. Namun begitu kaedah tersebut akan meghasilkan satu bentuk yang monotoneuos.
Dalam alternatif 2 pula ternampak pula bangunan pengdefinisian selekoh terminate pada bangunan linear yang menyempadankan laluan. Kaedah tersebut menghasilkan satu-satunya pembehentian secara terkejut. Walaupun pada dasarnya ia menampakkan kedramatikannya, namun begitu pengejutan sebegitu rupa tidak konsisten dengan vehicular flow patterns dan terlalu rigid.
Alternatif 3 menjadi pilihan atas dasar terdapatnya keselanjaran pada bangunan penyempadanan selekoh walaupun bangunan penyempadanan laluan berbentuk linear memotong melaluinya untuk memberikan kesan dramatik (non-monotony).
Apabila dikaji tentang peletakan gateways, alternatif 1 menampakkan tiadanya pertanda menunjukkan arah tuju untuk ke pengezonan yang lain. Kekaburan untuk mengdefinisikan arah tuju sepertimana yang diperbincangkan terlebih dahulu mengakibatkan ketidakselanjaran pada keseluruhan skima. Jesteru adalah memadai pada skel tersebut gateway mengambil bentuk petanda beacon sahaja. Apabila melalui laluan yang luas ke laluan yang sempit adalah jelas seseorang penguna telah melalui zon umum ke zon khusus (private). Tidak dapat disangkal sama sekali ini merupakan salah satu kaedah untuk menentukan gateway urban.
Setelah banyak membincangkan aspek rekabentuk bandar pada zon sungai wajar dikaji bagaimana rekabentuk bandar dilakukan pada pedalaman tapak tersebut melalui penyiasat model kerja dan lakaran penyiasatan.
Kajian terhadap model kerja mendapati tanpa adanya bangunan edge defining building struktur urban khususnya laluan menjadi pudar lebih-lebih lagi apabila terdapatnya kawasan yang lapang berdepan dengan deretan bangunan bersejarah. Kajian menggunakan lakaran lebih jelas menonjolkan isu pokok tersebut.
Daripada lakaran bukan setakat penyempadanan laluan itu sendiri menjadi pudar malah ruang yang terlalu luas dan tidak terkawal mengakibatkan fenomena “lost in space” ataupun “negative space” sebagaimana menurut Roger Trancik[3].
Apabila pengguna diselabungi oleh enclosure (bounded in an enclosed space) perasaannya lebih tenteram kerana ia dapat mengaitkan skala diriya dengan skala bangunan mungkin daripada aspek seperti tingkap, pintu, perhiasan, tanda kedai dan sebagainya yang pada mana ia lebih mirip kepada pengetahuannya lantas menjadikannya tahu akan lokasinya.
Keadaan tersebut sama dengan pepatah Inggeris yang berbunyi “It is not because we are lack of space which suffocate us. It is too much spaces that drown us in return.”, yang pada mana merupakan kelemahan pada perancangan moden.
Penyiasatan terhadap edge defining building bermula dengan alternatif 1yang mana deretan bangunan digunakan untuk menyempadankan laluan. Sepertimana yang diperbincangkan tadi, keadaan tersebut menjadi terlalu membosankan.
Alternatif 2 pula menampakkan kaedah untuk mengatasi kebosanan dengan mengubah implied planes melalui intergrasi dan intersection dengan bangunan tier buildings serta jejantas dan sebagainya.
Alternatif 3 meperlihatkan sunken edge defining building sebagai alternatif untuk memecah kebosanan. Mendapati kaedah tersebut membuahkan perasaan ingin tahu terhadap apakah aktiviti disebalik deretan edge defining building tersebut.
Alternatif 4 merupakan alternatif pilihan memandangkan ia berupaya menapiskan pengguna untuk kedalam deretan bangunan tersebut “filterization effects” untuk melihat dengan sendiri aktiviti-aktiviti yang berlangsung disebalik deretan bangunan yang diperkatakan tadi.
Lantas hasilnya laluan berupaya berfungsi sebagai satu-satunya elemen rekabetuk bandar yang berkesan.
Disebalik deretan bangunan tersebut terbentang luas inner court untuk dimobilitikan sebagai pusat aktiviti. Perlindungan yang dibatasi oleh deretan bangunan serta lintasan bangunan tier terjurumus kepada pusat kegravititan (titik persilangan bangunan tier) yang sesuai untuk diletakkan bangunan berjisim besar sebagai asas yang dominan. Walau bagaimanapun jisim yang diluar skala manusia perlu dipecahkan supaya ia lebih serata dengan skala manusia melalui pelbagai proses transformasi seperti berikut:
Menggunakan kaedah perbandingan melalui perletakkan objek-objek yang setara dengan skala pemerhati didapati pengguna akan membandingkan skala dirinya pada objek tersebut sebelum membandingkannya semula dengan objek berskala besar. Dengan itu sesebuah bangunan berskel besar dapat dipecah-pecahkan kedominanannya melalui perspektif pengguna seperti yang ditunjukkan dibawah.
Objek-objek tersebut boleh mengambil bentuk installation seni tampak kontemporari seperti folies dan sebagainya. Beranjak daripada itu, ruang yang bersebelahan merupakan ruangan yang lebih kecil dan intim (intimate) sesuai dijadikan tempat untuk kontemplasi arca-arca dan hasil seni dalam bentuk 3 dimensi.
Daripada lakaran pola pandangan, pengunjung daripada atas dan bawah berupaya untuk berkomunikasi dengan objek seni sambil bergerak.
Bila objek seni tersebut dilihat daripada luar, bangunan yang mengelilinginya akan menjadi latar depan dan belakan bagi memperbaiki lagi mode dialog seni tampak.
Amphitheatre mengambil ruang yang lebih kecil pada mana diskusi seni dan pertunjukan lapangan dapat dilakukan. Perhatikan juga laluan sempit yang menghubungkan amphitheater dengan luar.
[1] Perbincangan lanjut tentang “legible of a city” rujuk pendekatan Kevin Lynch dalam Disertasi bertajuk PENYIASATAN TERHADAP INTERVENSI SENI TAMPAK KONTEMPORARI SEBAGAI ASAS KEPADA PENJANAAN SKAP URBAN BERSEJARAH MELAKA, bab 2.3.3.6
[2] Perbadanan Muzium Negeri Melaka
[3] Perbicangan lanjut rujuk Roger Trancik, “Finding Lost Space”