Friday, November 7, 2008

Design Rationale

REKABENTUK BANGUNAN

Oleh kerana daripada segi konsep telah banyak diperjelaskan pada bab yang lepas, maka itu dalam bab ini hanya dipertunjukkan imej-imej model seni bina yang diperterjemahkan daripada konsep tersebut.

Pandangan daripada arah galeri walkthrough ke arah jalanan. Perhatikan unjuran skala urban beacon sebagai landmark.

Pandangan daripada arah workshop ke arah galeri walk through. Perhatikan bagaimana lengkokan bangunan bengkel mendefinisikan selekoh manakala jejantas menjadi gerbang memasuki terowong.

Menunjukkan hubungan antara bangunan pengdefinisi sempadan dengan urban beacon.
Perincian stuktural “portal frames” jenis eksoskeletal yang membawakan rangka diluar, isi di dalam.

Interceptive point untuk disambungkan kepada jejantas jambatan melintasi Sungai Melaka yang kelak di rekabentuk.

Perhatikan juga bahawa bahagian bawahnya merupakan ruang terlindung yang sesuai dijadikan sebagai “walk of fames” dan arts flea market.

Daripada arah bumbung kelihatan “interplay” antara 3 jenis bahantara yakni lutsinar, telap cahaya dan jaluran yang akan memberikan impak penembusan cahaya dalam ruang dalaman.
Sampai ruang bersebelahan pula peminat seni boleh menjelajah sama ada ruang isolatorium, cine- exploratorium mahupun melalui jejantas untuk sampai ke artis studio dan promenade.

Beginilah bentuk jejantas yang mempamerkan kerangka flour de lamer. Perhatikan juga deretan kaki lima.

Pandangan daripada arah lain jejantas. Perhatikan sambungannya pada core bangunan pengdefinisi sempadan.

Apa bila sampai ke sebelah jalan beginilah rupanya bangunan studio artis yang dimorfosiskan daripada rumah kedai traditional.

Pandangan muka kedua (2nd Front) deretan artis studio yang bersambung dengan cine-exploratorium.

Bahagian viewing platforms dengan ramp yang berhadapan dengan sungai Melaka.

Juga menunjukkan deretan yang menghala sungai dan promenade. Pengguna akan “filter through” bahagian bawah bangunan untuk sampai ke promenade.

Terdapat juga umum yang datang daripada arah bengkel. Perhatikan baaimana “treatment” fasad memberikan impak kepada orang ramai.

Perhatikan juga bagaimana, ia “intercept” dengan bangunan pengdefinisian sempadan.
Frontage kedua bangunan isolatorium.

Menunjukkan ramp menaiki bangunan linear gallery. Perhatikan juga tangga “ceremonial” yang menaiki hingga ke aras 3.

Beginilah rupa rekabentuk galeri linear yang mengdefinisikan lengkongan. Perhatikan juga bagaimana ia mengkomplementarikan bangunan berjisim besar.

Perhatikan ruang yang terjadi bila bangunan galeri linear, cine- exploratorium didekatkan.
Perincian bumbung cine-exploratorium

Pandangan sisi cine-exploratorium. Perhatikan ramp dan foyer parameternya.
Perhatikan juga omposisi geometri bumbung, foyer dengan jaluran.

Bahagian bawah cine-exploratorium mempunyai ruang bertuduh untuk dijadikan forum umum.

Perhatikan bagaimana ircumambulatory galeri “complement” kepada linear gallery, cine exploratorium untuk mencapai satu kesatuan.

Pandangan dekat komposisi ketiga-tiga bangunan.

Tampak daripada Sungai Melaka

Menunjukkan “birds’ eye view” pemajuan kawasan quayside Melaka.