Friday, November 7, 2008

Design Concept

REKABENTUK BANGUNAN (SEKTOR QUAYSIDE)

PENGENALAN KEPADA KONSEP DAN REKABENTUK RUANGAN

Dalam merekabentuk bangunan, hanya sektor quayside sahaja yang menjadi tumpuan dalam aspek tersebut memandangkan keseluruhan skima tersebut terlalu besar dan kompleks untuk direkabentuk secara serentak. 

Daripada rajah di atas didapati sektor quayside boleh diperbahagikan kepada beberapa jenis bangunan melalui fungsinya dalam aspek rekabentuk bandar yakni:

Bangunan pengdefinisi sempadan – studio artis
Bangunan urban beacon – walk through galleries, cine exploratorium, circumambulatorical gallery dan sebagainya
Promenade

Dengan itu wajarlah dikaji implikasi konsep arkitektur secara kronologi mengikut tatacara fungsi bangunan mengikut aspek rekabentuk bandarnya.

KONSEP REKABENTUK BANGUNAN PENDEFINISI SEMPADAN – STUDIO ARTIS

 
Implikasi bangunan pengdefinisi sempadan merupakan satu bentuk persepsi rekabentuk di mana objektifnya adalah untuk menghasilkan deretan bangunan yang mampu memberikan makna kepada lingkaran laluan dan arah tuju yang jelas. Ia tidak boleh mengambil bentuk yang terlalu dramatis dan dorminan di mana ia mampu melunturkan sama sekali fungsi-fungsi bangunan urban beacon sebagai penanda setempat (landmark buildings). Sepertimana yang digariskan oleh Kelvin Lynch dalam tulisannya Image of the City , bangunan pengdefinisi sempadan berperanan mencorakkan edges sesebuah bandar. Dengan itu ia lazimnya dikenali sebagai edge defining buildings. 

Seterusnya pula, mengambil bentuk persepsi body, memory and architecture pula bangunan-bangunan rumah kedai khususnya rumah kedai baba dan nyonya, merupakan satu-satunya testimoni jelas bagaimana anggapan dan konsep perekabentuk zaman pra-perang mencorak deretan bangunan pengdifinisi sempadan menurut kaedah-kaedah grid iron yang agak rigid. Namun begitu, elemen-elemen rumah kedai yang berskalakan manusia khususnya jalan yang sempit dan sebagainya memutuskan kerigidan grid iron tersebut lantas menghasilkan satu bentuk anthropokosmo yang berpusatkan kepada aktiviti manusia.

Rajah di atas menunjukkan morfologi elemen-elemen bangunan rumah kedai yang mampu diadaptasikan dalam bentuk kontemporari dimana ia telah dibuktikan berkesan sebagai unsur-unsur dalam mengdefinisikan sempadan urban grain. Antara elemen yang penting adalah pitched roof, courtyard, party wall, five-foot ways, single frontage, jiho dan sebagainya. Elemen –elemen tersebutlah yang dikenali sebagai body atau badan fizikal yang mengandungi unsur-unsur utiliti yang diperterjemahkan sebagai fungsi, adat, budaya dan sebagainya yang pula dikenali sebagai memori atau lebih jelas dikatakan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi :

 
“…Body as a physical containment of a vast collections of memories registered as in the forms of its functions, cultural usage, adaptability, mobility … in which from time immemorial, has become the insignia of human civilizations both portraying the flavor of the local cultures as well as the local world views towards the way of life…and yet when body and memory come together it generates a kind of architecture which touches the souls of the living and reincarnate the vivid memory of the deaths…”

Satu-satunya ciri fizikal “badan” yang mampu memecahkan corak pengderetan pengdefinisian sempadan. Dalam rekabentuk lama, elemen-elemen dinding pemisah merupakan satu-satunya elemen struktural untuk menampung beban lantai dan bumbung. Keintiman dinding pemisah tersebut kepada pengguna terletak pada persepsi nostalgianya khususnya pada bata-bata yang berkulat dan tanda-tanda jalan yang terpahat pada permukaannya.

Kaki lima merupakan satu entuk elemen fizikal yang perlu diperkekalkan. Selain daripada berfungsi sebagai penuduh hujan dan terik matahari ia tetap berupaya mengwujudkan keakraban antara pengguna kaki lima dengan kedai didalamnya. Setiap kali orang melaluinya, mereka pasti menjengguk ke dalam untuk melihat benda atau aktiviti di dalamnya.

Tanda syarikat atau lebih dikenali dengan nama peranakan Cina “jiho” merupakan satu-satunya elemen penting hingga pada hari ini. Kebanyakkan rumah kedai yang direkabentuk hari ini tidak memperuntukkan ruang untuk meletakkan jiho lantas mengakibatkan fenomena yang dikenali sebagai pop-architecture sepertimana yang dinyatakan oleh Robert Venturi dalam tulisannya “Learning from Las Vegas”.

Ingatan atau memori memperlihatkan bagaimana pengguna mengaitkan elemen-elemen fizikal (body) dalam aktiviti harian mereka menjadikannya sebati dengan budaya dan tradisi setempat. Ini dapat dilihat pada lintasan kaki lima.

Lintasan kaki lima menjangkau fabrik masa membolehkan pengguna melintas sambil merenung terhadap kegiatan dalam rumah kedai tersebut malah mengaitkan aktiviti dalaman kepada luaran dan menjadikan semacam satu bentuk simbiosis antara peniaga dan pengguna umum. Hal ini menjadikan perniagaan traditional seperti kedai kain dan kedai runcit menjadi popular dikalangan penduduk setempat. Dengan itu ia semacam telah diterima sebagai “local flavour” setempat.

Mengidentitikan kedai melalui jiho juga dilihat sebagai satu bentuk yang positif dimana pengguna laluan itu sendiri mampu membandingkan skala dirinya sebagai manusia dengan jiho yang tergantung pada pandangan manusia dan tidaklah dalam saiz yang bergitu besar seperti the “Golden Nuggets” di Las Vegas Amerika Syarikat.

Mengaitkan antara aktiviti loteng, dalam bangunan dan diluar jalan turut menjadi satu bentuk keintegrasian yang intim dimana penjual sayur di jalan dapat berhubung dengan pelanggannya yang menyorak dari arah tingkap loteng dan diperhatikan oleh pengguna yang melalui kaki lima.
Translasi elemen-elemen tersebut kepada bentuk morfologi baru mengambil beberapa tatacara yang tertentu seperti berikut.

Rumah kedai tradisional mempunyai satu tampak depan (single frontage) dengan satu baris kaki lima dan perigi udara (air-well) untuk membolehkan pengcahayaan dan pengudaraan dalam interior.

Morfologi tahap kedua menampakkan bagaimana 2 buah rumah kedai disambungkan untuk mendapatkan double frontage, satu menghala ke jalan dan satu menghala ke arah Sungai Melaka dengan dibarisi 2 lingkaran kaki lima. Liang udara tetap dikekalkan.

Morfologi tahap ketiga menampakan unsur atrium mengambil alih telaga udara memandangkan penghawa dingin merupakan trend masa kini. Tidak kurang juga ligkaran atrium membolehkan internal circulation dan internal five foot way pada lebih daripada satu aras.

Morfologi tahap ketigalah yang menjadikan transformasi lengkap rumah kedai traditional kepada bentuk kontemporari seperti di bawah:

Malahan berbanding dengan rumah kedai traditional asal ia tidak berapa menampakkan perbezaannya kecuali dalam “treatment” bahan binaannya sahaja:

KONSEP REKABENTUK BANGUNAN URBAN BEACON – BANGUNAN CINE-EXPLORATORIUM, LINEAR GALLERY DAN CIRCUMAMBULATORICAL GALLERY

Kekisi merupakan satu unsur yang asas dalam sebarang rekabentuk khususnya dalam rekabentuk bangunan berjisim besar seperti auditorium.

Apabila jisim besar tersebut diletakkan berdekatan dengan jisim pendefinisi sempadan, secara tidak langsung jisim besar itu dikecaikan secara relativiti. Perhatikan juga bagaimana lengkokan dapat melembutkan kekisi yang rigid tersebut.

Menghampiri selekoh pula menampakkan lengkokan yang dramatik bersama-sama beberapa elemen jisim lain mencorak sebuah komposisi yang mana kedominanan cine-exploratorium masih wujud sebagai urban beacon tetapi pada skala manusia ia diperlembutkan oleh lenkokan ramp dan seterusnya bersambung dengan jisim-jisim lain yang menampakan seakan-akan complimentary sesama sendiri.

Namun begitu character untuk selekoh masih samar lagi dan ia memerlukan sebuah lagi geometri jisim yang “agak” dominan untuk menjadikannya sebagai landmark. Tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan jisim cine-exploratorium tadi malahan ia perlu diikat bersama-samanya secara “intrinsic” mahupun “implied imagery binding” yang mana seakan-akan 2 geometri tersebut bercanggah namun tetap mampu dipergabungkan melalui satu cara atau lain bagaikan “indifference yet complimentary”.

Jisim utama juga perlu mengambil perubahan morfologi untuk menghasilkan ruang diantara bangunan yang bermakna dan berselindung. Jesteru itu, bahagian belakang kekisi dipudarkan untuk menghasilkan ruang umum yang dibarisi dan dilindungi oleh jisim-jisim di sekitarnya.

Mengsubstractkan jisim utama secara berlebihan pula mampu melembutkan serta memecahkan jisim kekisi yang keras lagi rigid secara terus menerus dan disamping mendampingi jisim-jisim yang kecil menjadikannya satu set koheren yang pada mana pada skala manusia ia tidak menampakkan terlalu “clumsy” dan mendominankan.

Ruang terselindung di antara bangunan seumpama rajah di atas merupakan satu-satunya ruang umum untuk menjalankan aktiviti harian seperti bazaar dan sebagainya. Sepertimana yang dipersebutkan oleh Prof. John Lang dalam tulisannya Creating Architecture Theory , ruang tersebut dapat menampakkan ragam manusia dan tindakan manusia terhadap alam bina yang mereka tinggal melalui elemen-elemen umum seperti tangga ceremonial, tiang condong yang menembusi plazza orang ramai untuk digunakan oleh si anjing untuk kencing, pokok di tengah-tengah dan juga visual contact di antara pengguna bangunan bersebelahan dengan ruang umum.

Visual contact adalah penting untuk menjadikan ruang tersebut bercirikan kemanusiaan lebih daripada bercirikan alienation seperti kebanyakkan daripada rekabentuk moden. Perhatikan juga ruang yang sempit membolehkan pertembungan antara vista berbandingkan dengan ruang yang luas dan yang mampu menenyengelamkan visual manusia.

Dalam memperaturkan siri “Cineplex’s” pula alternatif pertama memperlihatkan peyusunan secara berderet. Kaedah ini sememangnya mengakibatkan sirkulasi yang ringkas, namun begitu, impaknya sebagai urban beacon amatlah pudar khususnya apabila skala kedominanannya tidak tercapai dalam konstituensinya.

Alternatif 2 menampakkan penindihan keempat-empat unit “Cineplex’s”. Dalam keadaan ini penindihan mengakibatkan volumne jisim tercapai khususnya daripada segi kedominananya dalam konstituensinya. Namun begitu alternatif tersebut menampakkan terlalu dominan dan keras khususnya dalam bentuk asasnya yakni kekisi.

Manakala alternatif 3 dan 4 memperlihatkan variasi secara abstraktasi terhadap alternatif 2 dimana keempat-empat jisim tersebut digabungkan dan di persatukan sama ada secara dinding ke dinding mahupun dengan dinding pemisah untuk mencapai satu keunitian seperti sebuah arca.

Morfosis bentuk galeri linear mengambil konsep asas sebuah kekisi linear yang dipertongengkan pada sudut 12 darjah dan melalui pelbagai darjat perubahan seperti yang ditunjukkan pada rajah diatas. Berbeza dengan kaedah memperhaluskan jisim bangunan berjisim besar seperti “cine-exploratorium” yang mengambil bentuk penolakan atau “subtraction”, galeri linear pula mengambil modus-operandi penambahan atau “additive” untuk mencapai volumne konstituensinya yang sejajar dengan bangunan sekitarnya. Percanggahan sedemikan rupa perlu dan wajar malah ini membolehkan kedinamikan pada skala urban. Melalui kaedah penambahan komposisi tercapai di kalangan cine-exploratorium, circumambulatorical galeri dan galeri linear.

Memandangkan kebanyakkan galeri berkonsepkan “takungan” atau “containment”, galeri linear juga mengambil corak tersebut dan ini tidak dapat lari daripada fenomena “fish tank environment” kecualilah dalam kes ini ia merupakan “fish tank” yang berganda lapisan.

“ Circumambulate… a notion of paying respect and homage by going round and round a sacred object, person and phenomenon. Each step taken forward may the past be forgotten…,each step paused may the present be mindfully regarded and each step to begin may the near future not comprehended. To where the arrow of times from the past to the present and the futures may bring let it be a matter of phenomenon, abstraction, each mysteriously intervened in a closed compound of matrixes among illusions, realities and fantasies…”

 
Begitulah takrifan terhadap konsep circumambulate. Rajah diatas merupakan satu analisis terhadap ruangan luaran, intermediate dan dalaman serta sirkulasi mengelilinginya.

 
Menjengguk kepada sistem sirkulasi, ia merupakan lapisan (layering) yang terluar sekali memperlihatkan bagaimana artefact seni oleh di”contain”kan. Ruang-ruang sama ada terselindung, terbuka atau terkandung merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan ruang pameran untuk artefact seni. Oleh kerana ruang tersebut agak umum maka ia mengandungi tahap “kesucian” yang paling kurang. Yakni setiap langkah penonton ambil memanjatkan tangga sirkulasi ia tidak dapat menjangkakan apa yang bakal di lihatnya di hadapan malah apa yang pernah ditontonnya lepas ianya merupakan ingatan dan ia hanya mampu berdialog dengan artefact yang ia lihat pada saat-saat sekarang.

Daripada sirkulasi luar seseorang dapat memasuki ke ruang galeri pertengahan untuk menjenguk artefat-artefact yang di pamerkan. Penonton terpaksa melalui pintu-pintu yang tersorok untuk memasuki “the inner sanctum” untuk melihat kepada karya seni agung atau “masterpieces” yang ditempatkan dalam geleri atrium pada pusat galeri tersebut. Inner sanctum tersebut merupakan tempat yang tersuci bagi seni tampak bagaikan Kaahbah bagi penganut-penganut agama Islam.

Dalam merekabentuk “the inner sanctum” pula, komplikasi rekabentuk terletak pada intergrasian antara “core” dengan ruangan yang terletak pada luaran dan rajah di atas menganalisakan alternatif tersebut.

KONSEP REKABENTUK BANGUNAN URBAN BEACON II– BANGUNAN WALK THROUGH GALLERY CUM AUTION HALL DAN PEDESTRAIN BRIDGE ALA RANGKA KAPAL

Walkthrough gallery mengunapakai konsep dimana pengguna selain daripada melintasi Sungai Melaka untuk sampai ke sebelah terbing, mereka akan dibawa melintasi sebuah galleri dan ini dikenali sebagai galeri lintasan. Tujuan utama adalah untuk memperagakan hasil-hasil seni untuk mendapat perhatian umum yang dianggap sebagai “patron” seni dan sekiranya mereka berminat untuk membelinya, mereka akan menjengguk hasil-hasil seni tersebut dalam sebuah galeri khas bersebelahannya yang dikenali sebagai galeri “pra-auction”. Selepas mengenal pasti hasil-hasil seni yang ingin dimiliki maka pembeli akan pergi ke bilik “auction” yang berdekatan untuk mendapatkan hasil seni tersebut. Manakala pada bahagian bawah galeri tersebut merupakan terowong untuk digunapakai oleh kereta serta menempatkan “canvas” untuk artis “graffitti” dan ini dikenali sebagai “graffitti-park

Daripada segi pengsejarahan kapal portugis flour de lamer sebenarnya telah tinggal rangka ataupun mungkin tidak wujud sama sekali. Namun begitu, ketidak tetapan pengsejarahan mengakibatkan sebuah replika flour de lamer dibina tanpa mengikut skala, kadaran, bahan dan cara pembinaan. Jadi konsep rekabentuk jejantas menonjolkan barisan rangka kapal untuk mengingatkan kembali status sebenarnya ciri-ciri pengsejarahan berkaitan dengan si kapal tersebut.