Saturday, November 8, 2008

The Singapore Experiment: Balestier

























Figure-ground kawasan tersebut jelas menampakkan pepecahan dalam urban corridor yang diakibatkan oleh penyertaan bangunan-bangunan moden. Kaki-kaki lima telah diputus-putuskan hubungannya diakibatkan oleh banyak faktor dan di antaranya adalah anjakan jalan, nisbah plot pulau, plaza dan no-man’s land. Ruang-ruang tersebut dikenali sebagai lost-space atau anti-space. Perancangan ala modenan telah gagal dalam kawasan seumpama ini. Butiran halus mofologi bandar lama seperti Balestier telah diancam oleh struktur mega seperti Balestier Point. Secara dekat adalah penting untuk memperkekalkan keseinambungan butiran halus urban morfologinya demi mempertahankan status-quonya namun begitu demi kepentingan kewangan rumah-rumah kedai lama terpaksa digantikan dengan struktur-struktur gegasi yang baru. Fenomena ini dikenali sebgai Forms follow Finance.


Secara umum, kedai-kedai lama yang ada di sekitar Balestier masih mampu untuk mengaut keuntungan sedangkan ia akan memberhentikan operasinya jika hanya kerugian jangka panjang diperolehinya. Kedai dan warung makanan khususnya nasi ayam dan itik merupakan satu-satunya daya penarik yang kuat pada kawasan tersebut. Lantas fenomena tersebut telah menganjakkan seni bina untuk mengambil bentuk forms follow foods. Pekara seumpama ini memandu para peniaga makanan menperkenalkan slogan-slogan seperti “The Best Chicken Rice” serta memperbesarkan itik goreng dalam bentuk fibre-glass untuk digantung didepan kedai masing-masing. Impak seni tampak yang ingin ditonjolkan adalah mirip kepada pemerhatian Venturi dalam tulisannya Learning From Las Vegas lantas menjadi semacam ideniti kepada tempat tersebut.



Pada pemerhatian lain pula, pandangan depan fasad-fasad yang membanjiri jalan Balestier adalah dalam keadaan kucar-kacir memandangkan dari satu sudu didapati pengguna jalan akan berada dalam era sebelum perang dengan diselabungi banjaran rumah-rumah kedai tradisional yang cantik dihiasi oleh ornament-ornament seperti fiasco, coloumnade, pediment dan cornices sehinggakan ia dikenali sebagai the chinese barouque. Setiap daripada elemen seni bina tersebut telah mengalami zaman-zaman tuanya secara matang bersama-sama dengan aktiviti-aktivitinya seperti kedai kopi, kedai nasi ayam dan kedai runcit lantas menjadikannya semacam Forms follow Fiasco.


Apabila pihak berkuasa khususnya URA (Urban Renewal Authority) mula campur tangan dalam melaksanakan polisi pemuliharaan, rumah-rumah kedai tradisional terlah bertukar wajah menjadi semacam Disneyland dengan bercatkan warna-warna cerah Pasca-modenan bagaikan seorang nenek tua memakai pakaian Boogie-Woogie atau Hawaii Five-O Costume. Apabila para tauke peniagaan merasakan Finance dictate forms maka pegiklanan dalam bentuk modifikasi fasad mula mengambil bentuk daripada yang tidak bercirikan hostility seperti pemasangan fasad palsu, pemasangan tanda dan slogan perniagaan bersama-sama dengan itik gentian gelas serta pemasangan penghawa dingin jenis window-unit kepada yang lebih hostile seperti merobohkan sebahagian daripada fasad bangunan untuk digantikan dengan bentuk baru ala PoMo, Vernacular dan moden bagaikan “nenek” tersebut dibelah-belah untuk Cosmetic Surgery.


Transisi atau peralihan daripada satu zaman kepada satu zaman telah didislocatekan bagaikan tiada sesiapun yang ingin mengambil tahu akan synchronicity dan koherensi skala dan kadaran bandar. Walau bagaimanapun, adalah wajar untuk mendefinisikan kekucar-kaciran pada fasad-fasad bangunan sekitar Balestier sebagai identiti kepada tempat tersebut malah memenifestasikan dirinya sebagai sebuah bentuk kesilapan manusia secara kolektif dalam kerakusannya mengejar kemodenan.


Kesimpulannya, adalah penting untuk mendapatkan satu pemalar yang konsisten dalam mempertahankan genius loci sesebuah kawasan khususnya dalam imbangan antara pembangunan moden dengan pembangunan yang sedia ada. Sekiranya pembangunan baru tidak berlaku, kawasan tersebut akan luput ditelan zaman memandangkan generasi muda akan lebih minat berhijrah ke kawasan lain seperti pusat bandar CBD. Lantas ruang akan tetap menjadi ruang, hanyalah akiviti menjadikan ruang sebagai sebuah tempat. Walaupun secara umum didapati jalan raya yang bersesakkan kereta dengan gedong-gedong perniagaannya yang luas terbuka mewarcanakan kesibukan aktiviti hariannya, semangat kawasan tersebut tidak terletak pada tempat-tempat seumpama itu. Ia terletak pada cara hidup, pemakanan dan budaya turun termurun yang telah dienkodkan dalam gene penduduk setempat tersebut. Jadi bertapa kuat sekalipun impak kemodenan dan forms follow finance signifikasi yang paling menonjol di kawasan tersebut adalah penduduknya, nilai mereka dan makanan mereka.




Daripada aspek-aspek yang diperbincangkan di atas, sebuah model penghasilan yang berlandaskan seni tampak sebagai asas penjanaan skap urban dibentuk secara hipotetikal. Seni tampak dalam konteks ini adalah seni rekabentuk bandar. Model nodus-laluan Lynch diambil sebagai modus operandi lantas menghasilkan cabaran bukan sahaja untuk memadankan pembangunan baru kepada pembangunan yang sedia ada tetapi juga kepada pembangunan yang bakal mengambil tempat. Lantas ini menghasilkan konflik dikalangan pereka-perekabentuk yang lazimnya kuat ego-centrik. Namun begitu konsensus dicapai dengan berpandukan sebuah datum dan sebuah “bahasa perantaraan” yang umum untuk membolehkan sebuah bangunan berkomunikasi dengan bangunan yang seterusnya.

Dalam model tersebut sebanyak enam design vehicle dipilih untuk membangunkan kawasan-kawasan lost-space untuk menjanakan semula kawasan yang pasif seperti anjakan, laluan belakang, jalan raya dan plaza yang terbiar. Jentera rekabentuk tersebut mengambil bentuk aktiviti-aktiviti tradisional dan kontemporari daripada drive in café, curio-shop, underground kindergarten, backlane promenade, traditional healthcenter kepada photo-shop yang masing-masing mempunyai ciri-ciri dan charecteristicnya sendiri tetapi mampu menyokong diantara satu dengan yang lain sama ada secara fizikal mahupun correspondence melalui perkongsian sebuah bahasa rekabentuk “perantaraan” yang serupa dan dalam kes ini merupakan rasuk yang berulang-ulang. Datum yang dirujuk dalam konteks tersebut adalah backlane promenade yang dikenali sebagai SPINE. Semua keenam-enam rekabentuk akan merujuk kepada SPINE disamping bangunan-bangunan bersekitarannya untuk mencapai sebuah rekabentuk yang konsisten tetapi berindividualistik. Seluruh tapak tersebut menjadi total dan tidak lagi bertapak pada lot-lot yang berasingan lantas fenomena lost space akan dihapuskan sama sekali. Mentaliti rekabentuk pada aras ini adalah “bangunan sendiri tidak penting, bangunan orang lain lebih penting”. Berpegang kepada prinsip ini maka sikap ego-centrism dapat dikikis untuk menghasilkan sebuah kerja kolektif yang saling kait mengai antara satu dengan yang lain.

Menjerumus kepada skima cadangan tersebut, ia bermula daripada drive in café yang bertindak sebagai nodus untuk memungut orang ramai khususnya pejalan kaki untuk melintasi jalan Balestier yang sibuk dengan trafik melalui jejantas untuk sampai ke Curio-shop yang kemudiannya akan walk-though kedai-kedai tersebut dan dibawa menurun sebuah ram untuk sampai ke pintu masuk torowong bawah tanah. Torowong tersebut akan membawa pejalan kaki untuk sampai ke sebuah taman yang terkandung sebuah tadika dibawah tanah. Daripada taman tersebut perhatian pejalan kaki akan terumpu kepada SPINE yang merupakan sebuah promenade jalan belakang yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti khususnya pasar malam. SPINE tersebut akan memimpin pejalan kaki kepada Traditional healthcare center yang merupakan sebuah lot bangunan kedai dan diakhiri oleh photo shop bagaikan noktah di penghujung sejela ayat.

Sekiranya semua jenis pembangunan baru mengambil landasan sepertimana yang diaplikasikan pada model hipotetikal yang disebutkan tadi maka gejala serta fenomena kehancuran fabrik uban tidak akan berlaku. Tidak semestinya pembangunan baru mengambil bentuk dan model bangunan sedia ada bagaikan stereotype. Ia tetap boleh bercirikan keindividualistik tetapi wajar mengikut kadaran dan skala yang ditetapkan oleh bangunan-bangunan yang sedia ada untuk mencapai sebuah keseinambungan daripada segi tekstur dan skala bandar. Hanyalah bangunan-bangunan urban beacon yang boleh menjangkau skala monotoneous urban untuk bertindak sebagai mercu tanda ataupun landmark. Apa yang paling penting dalam skima hipotetikal tersebut adalah konsep nyah diri atau non-self dimana tanpa megutamakan bangunan secara individu, semua bangunan disekitarnya menjadi penting secara kolektif dan ini akan mengikiskan sikap egocentric yang menebal dalam jiwa seseorang perekabentuk bangunan. Pada satu hari nanti, bangunan itu tidak lagi bercirikan bangunan tetapi sebuah bandar. Bandar pula bercirikan sebuah wilayah dan wilayah itu sebuah negara.